Tuesday, September 15, 2009

Kaedah Nahu: Pembahagian Kalimah Arab

Dalam Bahasa Arab ilmu Nahu (tatabahasa) sangat penting sama seperti bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu dan Inggeris.

Apa itu ilmu nahu?

Ilmu Nahu merupakan kaedah-kaedah untuk mengetahui tugas bagi tiap-tiap kalimah (arab) di dalam jumlah (ayat), baris akhir kalimah tersebut dan cara i'rabnya.

Kalimah (perkataan) Arab terbahagi kepada tiga: Kata nama (اِسْمٌ), kata kerja (فِعْلٌ) dan huruf (حَرْفٌ).

1. Kata Nama: (اسم)

Ia merupakan perkataan yang menunjukkan tentang manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, pepejal, tempat, masa, sifat, atau sesuatu makna yang tidak terikat dengan masa.

Contohnya: lelaki (رَجُلٌ), singa (أَسَدٌ), bunga (زَهْرَةٌ), dinding (جِدَارٌ), Malaysia (مَالِيزِيا), bulan (شَهْرٌ), bersih (نَظيْفٌ) dan merdeka (اِسْتِقْلاَلٌ).

2. Kata Kerja: (فعل)

Ia merupakan perkataan yang menunjukkan tentang berlaku sesuatu (perbuatan) pada masa / waktu tertentu (masa lepas - sedang - akan datang).

Contohnya: Telah menulis (كَتَبَ), sedang makan (يَأْكُلُ), dengar [perintah] (اِسْمَعْ).

3. Huruf: (حرف)

Ia merupakan perkataan yang tidak mempunyai makna melainkan bersama dengan perkataan lain.

Contohnya: Dalam kelas (فِي الفَصْلِ), atas meja (عَلَى الكُرْسِي), tidak hadir (لَمْ يَحْضُرْ)

Sekian dulu pelajaran kita buat masa ini. Semoga semua pembaca dapat memahaminya dengan jelas. Jumpa lagi...إِلى اللِقَاءِ.

Wednesday, September 2, 2009

Belajar Bahasa Arab Harian

Sila klick video di atas dan belajarlah Bahasa Arab dengan mudah dan sila beri komen anda.

Monday, August 31, 2009

أهلاً وسهلاً ومحباً بكم

Ahlan wa sahlan (selamat datang) kepada semua...

InsyaAllah! sama-sama kita mempelajari Bahasa Arab dengan cara yang santai dan menarik.

Bahasa Arab merupakan Bahasa Al-Quran dan Al-Hadis...Maka wajiblah ke atas kita selaku orang yang beriman untuk mempelajarinya.